WELCOME TO nyaannnnn BLOG. Dashboard | +Follow
//Nyan Cat
ANDAI LELAKI TAHU ♥
Monday, 7 May 2012 | 22:26 | 0 comments
Haii , tody mao share tentang ''Hati Seorang Wanita'' .  so, if mao taw lebi mendalam kenapa pmpuan slalu buat itu dan ini, smua jawapan ada d bawah. tentang wanita ♥ jum baca nhe. thats true. 




Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh
cinta,lelaki itu tidak semestinya
punya segalanya tetapi lelaki itu
adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu
mengalirkan air mata, itu bukan
bermakna dia lemah, tetapi dia
sedang mencari kekuatan untuk
terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan
marah, memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi
percayalah, itu maknanya dia
sangat mengambil berat dan
menyayangi lelaki itu. Lihat saja
pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh. Tetapi
percayalah semakin bertambah
sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak sesuatu
yang terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia
tidak pernah bermaksud untuk
membuat anda rimas, tapi dia
mahu lelaki mengenalinya dengan
lebih dekat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia
mahu kamu berubah, itu bukan
bermakna dia tidak mahu
menerima kamu seadanya, tetapi
dia mahu menjadikan anda lebih
baik, bukan untuk dirinya, tetapi
untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan
tidak percayakan kamu, bukan
bermakna dia tidak sayang..tetapi
dia terlalu sayangkan kamu dan
masih menganggap kamu anak
kecil yang masih memerlukan
sepenuh perhatian. terkadang dia
terlalu risau sekiranya terlalu
percaya, kamu akan mengkhianati
kepercayaan yang diberi. Naluri
keibuannya sangat kuat. Dia
hanya mahukan yang terbaik
untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk
dengan duit atau hadiah, tetapi
cukup dengan perhatian yang
boleh buat dia rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang
mengatakan ‘i love u’, itu tidak
bermaksud dia tidak mencintai
kamu tetapi dia mahu lelaki itu
merasai sendiri cintanya, bukan
hanya hadir dari kata-kata tetapi
juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia
rindu dgn kamu, dia benar-benar
maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki
lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji
kamu. Dia mahu melihat sejauh
mana kamu sanggup menjadi
yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang
kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia denganmu, percayalah,
walaupun perempuan
menganggap masih ramai lagi
yang lebih baik di matanya tetapi
di hatinya, kamu tetap yang
terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata
kasar, dia bukan bermaksud utk
berkasar, tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu
bersabar dengan sikapnya.
Percayalah, hati perempuan itu
sangat lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”, dia
tidak bermaksud menyuruh anda
pergi selamanya. Dia hanya mahu
menenangkan fikirannya sebentar
saja. Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari
anda semula. Itu tandanya dia
benar-benar mencintai anda.
Perempuan sulit untuk mengawal
perasaan. Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling
menyayangi anda dan sangat
sensitif dengan perubahan pada
diri anda .




Older Post | Newer Post
Navigation

About Links Entries

Webmistress



Welcome to u guys blog


Couple


Talk Here


Sing Along




Credit



Template by :Nana
Header and BACKGROUND:Sis una
You Tube Player:AsskarPink